Saturday, May 15, 2010

SEPOTONG ROTI PENEBUS DOSA

PEDOMAN

DIRIWAYATKAN oleh Abu Burdah bin Musa al-Asy'ari ketika menjelang wafatnya Abu Musa, beliau berkata kepada puteranya: " Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita perihal seseorang yang mempunyai sepotong roti."
Zaman dulu, di sebuah tempat ibadat, ada seorang lelaki yang sangat tekun menjalankan suruhan ALlah SWT dan dilakukannya kira-kira 70 tahun selain tidak pernah meninggalkan tempat ibadat itu kecuali pada hari yang ditentukannya.
Bagaimanapun, satu hari dia digoda seorang wanita sebelum bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari. Selepas tersedar, dia bertaubat dan mengembara selain tidak pernah lupa untuk menjalankan suruhan-Nya.
Akhirnya, dalam pengembaraannya, dia sampai ke sebuah pondok yang dihuni 12 fakir miskin. Kerana keletihan, dia tertidur di pondok berkenaan bersama kumpulan fakir miskin itu.
Di sebelah pondok berkenaan, tinggal seorang lelaki yang memberi sebuku roti kepada setiap fakir miskin di sana setiap malam.
Pada suatu hari, datang individu lain memberikan sebuku roti kepada setiap daripada mereka.
Bagaimanapun, seorang daripada fakir miskin berkenaan tidak menerima roti kerana bahagiannya sudah diberikan kepada lelaki yang bertaubat itu.
Bertanyalah fakir miskin itu: "Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku?" Individu berkenaan menjawab: "Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bahagikan semuanya sudah habis dan aku tidak membahagikan kepada mereka lebih daripada sebuku roti setiap seorang."
Mendengar ungkapan individu yang membahagikan roti, lelaki yang bertaubat itu mengambil roti yang diterimanya dan diserahkan kepada fakir miskin yang tidak mendapat bahagiannya. Keesokan harinya, dia meninggal dunia.
Di depan Allah SWT, ditimbang amal ibadat yang pernah dilakukan lelaki berkenaan selama kira-kira 70 tahun dengan dosa tujuh malamnya. Ternyata hasil daripada timbangan itu, amal ibadatnya dikalahkan oleh maksiat terbabit.
Bagaimanapun, ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam ditimbang dengan sepotong roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukan, ternyata amal sepotong roti itu dapat kalahkan perbuatan dosa terbabit.
Kepada anaknya, Abu Musa berkata: "Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sepotong roti itu."



Terfikirkah kita betapa apa yang telah kita lakukan selama hidup di dunia ini...
saya sendiri pun selalu terpesong...
semoga sama2 kita mendapat sinar dan hidayah dari-Nya...
sesungguhnya Dia Maha pengampun dan pengasih...

Thursday, April 22, 2010

SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR


Assalamualaikum...

Pada suatu hari yakni 2 hari yg lepas, sedang saya rehat2 lepas balik kerja, cousin saya telah tunjukkan kepada saya kandungan e-mail yg dia telah printkan.
Kandungannya adalah cerita mengenai Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dah lama saya xdengar cerita mengenai beliau sejak datang bekerja di Kuala Lumpur ni. Kalau kat Kelantan dulu ada la jugak baca akhbar2 alternatif, jadi ada la cerita mengenai beliau. Tak pun tulisan2 daripada Tuan Guru.

Jadi disini saya kongsikan bersama anda isi cerita tersebut....
_____________________________________________________________


Dalam Islam ni tengok wajah org yg beriman pun dapat pahala....

SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR

Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu, Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan memberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersam-sama dimeja beliau sambil berborak menanyakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi..
Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu..

*MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja..

Monday, April 19, 2010

Mas Kahwin Fatimah

Ketika Allah memerintahkan Rasulullah untuk mencarikan suami bagi anaknya, Rasulullah memanggil semua sahabatnya tanpa sebarang diskriminasi.
      “Allah memerintahkan aku untuk memberitahu kamu bahawa sesiapa yang mampu membaca seluruh Al-Qur’an pada malam, ini boleh menikahi puteriku, Fatimah, jika dia menerimanya,” kata Rasulullah.
~ Sekadar Gambar Hiasan ~
       Malam itu, semua sahabat berusaha menyelesaikan seluruh bacaan Qur’an, kecuali Ali bin Abi Talib yang pulang ke rumah untuk tidur.
      Ketika Bilal mengumandangkan azan subuh, semua orang berkumpul di masjid termasuk Rasulullah saw. 
Ketika Nabi menanyakan siapa yang sudah menyelesaikannya, tidak seorang pun menjawabnya, kerana amat susah menamatkan 30 juz dalam waktu 7-8 jam saja. Namun Ali bin Abi Talib berkata, “Ya Rasulullah saw, aku telah menamatkan seluruh Al-Quran semalam.”
    Sahabat-sahabat yang lain melihat ke arah Ali dengan hairan. “Bagaimana kamu menyelesaikannya? Bukankah kamu tidur semalaman,” tanya salah seorang dari mereka.
“Tidak, aku memang menyelesaikannya,” Ali menjawab.
“Siapa saksimu, Ali?” soal Rasulullah saw.

“Allah adalah saksiku dan engkau, ya Nabi saw adalah juga saksiku,” Ali menjawab ringkas.


“Aku membaca ‘Laa ilaha ill Allah, Muhammad Rasulullah’ sebanyak 3 kali, Astaghfirullah (70 kali), Surah Al Fatihah (1 kali), Surah Al Ikhlas (3 kali), Surah Al Falaq (1 kali), Surah An Naas (1 kali), Laa ilaha ill Allah (10 kali), dan Selawat Nabi ‘Allahumma solli alaa Muhammadin wa alaa ali muhamaddin wa salim’ sebanyak 10 kali,” Ali menyambung.


“Sebagaimana Allah memberi kesaksian, aku juga memberi kesaksian bahwa Ali telah menyelesaikan seluruh bacaan Qur’an. Jika kamu membaca seperti apa yang dibaca oleh Ali, sama seperti dia membaca 30 juzuk Al Qur’an,” kata Rasulullah saw.

“Fatimah, apakah engkau menerima Ali sebagai suamimu?” Rasulullah saw. bertanya pada puterinya.

“Dengan satu syarat,” Fatimah menjawab.


Semua sahabat mulai memandang pada Ali, Fatimah dan kemudian kepada Nabi. Ketika Nabi saw berfikir mengapa Fatimah mengajukan syarat itu, malaikat Jibril turun dan berkata pada beliau, “Wahai Nabi, jangan tergesa-gesa mengambil keputusan, Allah Yang mengatakan padamu untuk menanyakan syarat apa yang ingin dia ajukan.”


“Apa syaratmu, Fatimah ?” tanya Rasulullah saw.


“Syarat itu bukan untuk Ali, tapi dari diriku sendiri. Jika ini dipenuhi, maka aku menerimanya. Jika tidak, aku menolak untuk menikah dengan Ali” jawab Fatimah.


Kemudian Jibril mengingatkan Rasulullah saw. akan pesan Allah untuk menanyakan apa syarat yang diinginkannya.


“Sekarang dengarkan apa yang Allah letakkan pada hati Fatimah, sebagai manfaat dan darjat para wanita dalam kerohanian, ” kata Jibril


“Apa syaratmu, Fatimah?” sekali lagi Nabi bertanya


“Aku selalu mendengarmu berdoa bagi umatmu siang dan malam. Engkau mengatakan Ya Allah, izinkan aku memimpin umatku untuk-Mu! Ampuni mereka ! Sucikan mereka! Angkatlah semua dosa-dosa, kesulitan dan beban-beban mereka!” jawab Fatimah,


“Aku mendengarmu ya Rasulullah, dan melihat bagaimana engkau menderita demi umatmu. Dari apa yang engkau tuturkan, aku tahu bahwa ketika wafat, dalam kubur, dan kiamat nanti engkau akan selalu menyebut, Umatku..Umatku ! Pada Allah. sebagaimana cintamu pada umatmu seperti itu juga yang ada dalam hatiku. Aku ingin seluruh umatmu sebagai mas kahwinku. Jika engkau menerimanya, aku bersedia menikah dengan Ali,” sambung Fatimah sebagai menyatakan keinginannya.


Apa yang diminta oleh Fatimah adalah seluruh umat Nabi, semua tanpa terkecuali sebagai mas kahwinnya. Oleh itu kerana ia tidak terletak ditangannya, Rasulullah perlu menunggu kedatangan Malaikat Jibril yang lama tidak juga menampakkan dirinya.


“Allah menyampaikan Assalamu'alaikum kepadamu dan menerima permintaan Fatimah. Allah swt menganugerahan apa yang dimintanya sebagai mas kahwin untuk bernikah dengan Ali,” kata Jibril ketika dia datang.


Segera Nabi berdiri dan mengerjakan solat 2 rakaat sebagai rasa syukur pada Allah swt. Fatimah ternyata mementingkan pengorbanannya bagi umat Nabi saw. Tidak seorang umat pun yang akan berada diluar mas kahwin Fatimah, kerana jika Allah menarik satu umat dari mas kahwin itu, maka pernikahannya dengan Ali dianggap tidak sah.